Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Sekolah Rendah Agama Tahfiz HIKMAH (SRATH) Raikan Graduasi Tahun 6

By 11 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Siti Fairuz Ngatenan (Sarawak)

KUCHING, 11 Dis (MalaysiaAktif) – Seramai 67 murid Tahun 6 Kohort Pertama Sekolah Rendah Agama Tahfiz HIKMAH (SRATH) diraikan dalam Majlis Graduasi dan Apresiasi Murid 2025 yang berlangsung di Dewan Hikmah, di sini semalam.

Majlis disempurnakan Setiausaha Agung HIKMAH Raihan Haji Usop sebagai tanda penghargaan kepada murid yang menamatkan persekolahan peringkat rendah serta meraikan kecemerlangan murid Tahun 1 hingga Tahun 5 dalam aspek akademik, tahfiz dan sahsiah.

Puan Raihan- Teruslah menjadi generasi berakhlak, menjaga solat dan menuntut ilmu dengan ikhlas. Inilah asas kecemerlangan sebenar.

Dalam ucapannya, Raihan menegaskan bahawa graduasi kohort pertama ini merupakan detik penting dalam sejarah SRATH. Menurutnya, murid Tahun 6 pada tahun ini adalah kumpulan pertama yang melalui sepenuhnya sistem Pendidikan HIKMAH sejak penubuhannya pada 2019.

“Majlis hari ini adalah simbol pencapaian hasil usaha berterusan, sokongan ibu bapa yang tidak berbelah bahagi serta dedikasi para guru sepanjang enam tahun ini,” ujarnya.

Beliau turut berpesan agar murid yang bakal melangkah ke sekolah menengah terus mengutamakan nilai akhlak, memelihara solat, memilih sahabat yang membawa kebaikan serta mununtut ilmu bukan semata-mata untuk peperiksaan tetapi untuk masa depan yang cemerlang.

Anugerah Tokoh Murid: Pengiktirafan kepada kecemerlangan menyeluruh dalam akademik, sahsiah dan kepimpinan.

Majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian beberapa anugerah seperti Anugerah Tahfiz Gemilang, Anugerah Sahsiah Unggul, Anugerah Akademik Bestari, Anugerah Tokoh Kepimpinan Murid dan Anugerah Tokoh Murid sebagai pengiktirafan kepada pencapaian terbaik murid dalam pelbagai bidang.

Turut hadir ialah Mudirah SRATH, Juncy Abdullah, Pengurus Besar HIKMAH Ilmu, Hikmatullah Haji Ahmad Khan dan Yang Dipertua Jawatankuasa Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Amirul Ismail Yaacob.

-RJ-

Tinggalkan komen anda