
Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor)/Sin Chew Daily
JOHOR BAHRU, 27 Jan (MalaysiaAktif) – Kejohanan Frisbee Terbuka edisi kedua di Kampus Foon Yew High School Bandar Seri Alam, kelmarin menghimpunkan lapan pasukan terbaik dari Malaysia dan Singapura bagi merebut gelaran juara.
Sukan frisbee merangkumi dua disiplin utama iaitu Ultimate Frisbee yang dimainkan secara berpasukan serta Disc Golf yang dimainkan secara individu.

Redha Fahmi, berharap kejayaan meraih pingat perak acara Disc Golf (MPO) pada Sukan SEA Bangkok 2025 membuka laluan kepada sokongan kerajaan bagi memacu pembangunan sukan itu.
Pemenang pingat perak acara khas Disc Golf (MPO – Campuran Profesional Terbuka) pada Sukan SEA Bangkok 2025 Redha Fahmi Radzuan berkata sukan berkenaan masih berdepan kekurangan sokongan kewangan, menyebabkan atlet perlu menanggung sendiri kos penyertaan selain mengorbankan masa, wang dan tenaga.
“Saya berharap pingat yang dimenangi dalam temasya sukan tersebut dapat membuka jalan kepada sokongan kerajaan, sekali gus memacu pembangunan sukan ini,” katanya ketika ditemui, di sini kelmarin.
Redha yang mula berjinak dengan Ultimate Frisbee sejak 12 tahun lalu sebelum beralih kepada Disc Golf enam tahun lalu merupakan antara perintis awal sukan itu di Asia Tenggara serta ahli Persatuan Disc Golf Profesional (PDGA).

Kejohanan anjuran Biro Belia Persatuan Cina Johor Bahru disertai 13 pasukan tempatan termasuk pelajar universiti dari Singapura, China dan Amerika Syarikat.
Dalam kejohanan kali ini, Redha menyertai pertandingan susulan peraturan penganjur yang membenarkan beberapa pasukan menyenaraikan pemain kebangsaan dalam barisan masing-masing.
Kejohanan anjuran Biro Belia Persatuan Cina Johor Bahru itu menarik penyertaan 13 pasukan dengan hanya lapan pasukan terbaik mara ke peringkat seterusnya mewakili Johor, Selangor, Melaka serta Singapura.
Peserta turut melibatkan pelajar universiti termasuk warga China dan Amerika Syarikat yang sedang melanjutkan pengajian di negara ini.
-RI





