Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Ponggal Eratkan Perpaduan Komuniti Setempat

By 27 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: S. Shalene (Timur Laut)

GEORGE TOWN, 27 Jan (MalaysiaAktif) – Pesta Ponggal Seri Delima 2026 berjaya memperkukuh perpaduan dan keharmonian komuniti setempat apabila lebih 100 penduduk pelbagai peringkat usia berhimpun bagi menghayati tradisi budaya masyarakat India di samping menyemai semangat kebersamaan.

Program anjuran bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Lengkok Bawah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima dan Pertubuhan Kebajikan Warga Penyayang Pulau Pinang itu berlangsung meriah di perkarangan MPKK Lengkok Bawah, di sini kelmarin.

Tan Hooi Peng, turun padang bagi sama-sama memasak Ponggal bagi meraikan kepelbagaian budaya masyarakat setempat.

Penganjuran pesta berteraskan budaya ini bukan sahaja menjadi platform mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk malah berperanan sebagai medium efektif memperkukuh kefahaman antara kaum melalui penghayatan warisan dan tradisi masyarakat India, khususnya dalam kalangan generasi muda.

ADUN Seri Delima Connie Tan Hooi Peng berkata penganjuran program berteraskan budaya seperti ini mampu menjadi medium berkesan untuk memupuk semangat muhibah dan kefahaman antara kaum.

“Pesta Ponggal ini bukan sekadar sambutan budaya tetapi ruang untuk masyarakat berinteraksi, memahami dan menghargai antara satu sama lain. Inilah asas kepada perpaduan yang kita mahu kukuhkan,” katanya.

Kehadiran pelbagai kaum meraikan program ini menjadi bukti jelas semangat perpaduan dan keharmonian komuniti setempat.

Antara pengisian menarik yang mencuri tumpuan pengunjung ialah acara tradisi Uri Adithal, pertandingan memasak Ponggal, pertandingan mewarna kanak-kanak dan dewasa, cabutan bertuah serta perarakan kereta lembu yang menyemarakkan suasana sambutan.

Sementara itu, seorang peserta program yang juga ahli Komuniti MADANI Bunga Raya, R. Kumar, 34 menyifatkan penganjuran pesta ini sebagai simbol kekuatan perpaduan masyarakat setempat.

“Bila semua kaum turun padang dan sambut bersama, kita dapat rasa semangat kekeluargaan itu. Program macam ini memang perlu diteruskan kerana ia menyatukan komuniti tanpa mengira latar belakang,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda