Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Program Bake With Love IKBN Naka 4.0 Dedah Ancaman Ikan Asing

By 6 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat (Perlis)

KANGAR, 6 Jan (MalaysiaAktif) – Seramai 23 orang pelajar dan lima tenaga pengajar dari Jabatan Teknologi Pembuatan Makanan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka telah menyertai Program Bake With Love IKBN Naka 4.0: Sinar Bawah Air yang berlangsung di Sungai Perlis, Kangar, di sini semalam.

Aktiviti penerangan mengenai bahaya ikan asing asing turutdiadakan kepada para pelajar dan komuniti setempat

Pegawai penyelaras program Ts. Murina Bakri berkata program dengan kerjasama Skuad Pemburu Ikan Asing (SPIA) itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar semester lima berkenaan serta komuniti setempat mengenai ancaman serius ikan asing terhadap biodiversiti perairan darat.

“Program Bake With Love IKBN Naka 4.0: Sinar Bawah Air bukan sekadar aktiviti penangkapan ikan, sebaliknya merupakan satu inisiatif pemuliharaan yang kritikal bagi menyelamatkan ekosistem sungai daripada ancaman spesies asing invasif.

“Kejayaan program ini mampu memberi impak langsung dalam mengimbangi semula biodiversiti akuatik serta memulihkan sumber perikanan air tawar tempatan,” katanya.

Para peserta bergambar kenangan selepas selesai program

Tambah beliau antara objektif utama program adalah mengawal populasi ikan asing invasif yang mendominasi sungai, khususnya Ikan Bandaraya (Sucker Catfish) dan Keli Afrika yang dikenal pasti sebagai ancaman utama kepada keseimbangan ekosistem sungai.

Sementara itu, Pengasas SPIA Malaysia Mohamad Haziq A. Rahman berkata program berkenaan berjaya menangkap sebanyak 72 ekor ikan asing dengan berat keseluruhan 34.84 kilogram (kg).

Daripada jumlah tersebut, beliau berkata 48 ekor adalah Ikan Bandaraya dengan berat mencecah 20.6kg.

-AA-

Tinggalkan komen anda