Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Amirudin lngatkan Penjawat Awam, Pemimpin Tempatan Jangan Kerja Dalam ‘Zon’ Sendiri

By 26 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 26 Feb (MalaysiaAktif) – Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari mengingatkan semua agensi kerajaan dan pemimpin tempatan agar meruntuhkan tembok birokrasi dan berhenti bekerja mengikut ‘zon’ atau kepentingan kelompok masing-masing.

Beliau menegaskan cabaran pentadbiran zaman ini jauh berbeza berbanding 50 tahun lalu memandangkan masyarakat kini lebih terbuka dalam menyuarakan kritikan dan pandangan.

Pelajar sekolah tahfiz turut menerima sumbangan.

Menurutnya, kunci utama dalam menangani isu rakyat seperti banjir dan pengurusan sampah adalah melalui kesepaduan tindakan antara parti politik, jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Perkara ini mudah disebut, tetapi pelaksanaannya sering gagal kerana kita masih bekerja mengikut zon masing-masing contohnya zon politik dengan caranya, zon pentadbiran dengan caranya.

“Akhirnya, rakyat tidak melihat penyelesaian yang menyeluruh. Kita perlu saling mengambil tahu dan membantu, bukannya saling menyalahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Berbuka Puasa Parlimen Gombak Bersama Agensi Kerajaan dan Pemimpin Tempatan di Dewan Beringin, Taman Seri Gombak, di sini semalam.

Amirudin menyampaikan sumbangan kepada agensi sempena majlis berbuka puasa di Gombak semalam.

Mengulas lanjut, Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak mengambil iktibar daripada peristiwa Perang Badar yang berlaku dalam bulan Ramadan sebagai simbol kekuatan kesatuan.

Beliau mengingatkan bahawa kelompok yang kecil mampu mengatasi kekuatan yang besar jika mempunyai komunikasi yang baik dan kesepaduan yang jitu.

“Apabila kita bersatu dan bekerja dengan penuh integriti, rakyat akan turut serta menjayakan perubahan dan menjaga kesejahteraan bersama,” jelasnya.

-RI

Tinggalkan komen anda