Skip to main content
JohorBerita SelatanBerita Tempatan

Fiesta Budaya Tangkak Semarakkan Kalendar Tahun Melawat Johor 2026

By 1 Februari 2026Februari 3rd, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Latifah Salleh (Tangkak)

TANGKAK, 1 Feb  (MalaysiaAktif) – Penganjuran Fiesta Budaya Tangkak 2026 menjadi pemacu penting dalam mempromosikan identiti warisan negeri, sekali gus memperkukuh kedudukan daerah ini sebagai destinasi pelancongan utama di utara Johor.

Ucapan perasmian oleh Khairin-Nisa.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Khairin-Nisa Ismail @ Md On, berkata program tersebut bukan sekadar persembahan seni, malah merupakan cerminan jati diri serta warisan yang membentuk identiti unik Bangsa Johor.

“Persembahan kebudayaan pelbagai kaum dan elemen silang budaya yang ditampilkan bukan sahaja memeriahkan suasana, tetapi berperanan merapatkan hubungan kemasyarakatan.

“Penganjuran berimpak tinggi seperti ini turut menggerakkan ekonomi setempat melalui penyertaan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), golongan belia serta sektor kreatif,” katanya ketika merasmikan fiesta tersebut di Dataran Ledang, di sini kelmarin.

Fiesta yang berlangsung selama lima hari itu merupakan kolaborasi strategik antara Majlis Daerah Tangkak (MDT) dan Citra Medini selaku penganjur utama bagi menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Johor 2026.

Persembahan silang budaya memeriahkan lagi majlis.

Menurut Khairin-Nisa, inisiatif tersebut secara tidak langsung menghidupkan suasana bandar dan meletakkan Tangkak pada kedudukan yang lebih kukuh dalam peta pelancongan negeri.

“Saya menyeru seluruh lapisan masyarakat untuk terus memartabatkan budaya Johor yang disifatkan sebagai maruah dan sejarah bangsa yang perlu dipelihara,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda