Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Jumlah Pelancong Luar Negara ke Malaysia Meningkat kepada 42.19 juta

By 27 Februari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rahman Ishak (Putrajaya)/Facebook Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 27 Feb (MalaysiaAktif) – Jumlah pelancong luar negara yang berkunjung ke Malaysia pada tahun 2025 direkodkan meningkat 11.2 peratus.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, berkata jumlah kemasukan yang direkodkan adalah sebanyak 42.19 juta orang pelawat.

“Ini bagi tahun 2025, yang mana angka ini merupakan peningkatan 11.2 peratus berbanding 37.96 juta pelawat pada tahun 2024,” katanya.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan MADANI berkata demikian pada Sidang Media Mingguan Kerajaan MADANI, di sini hari ini.

Fahmi berkata kadar peningkatan 11.2 peratus itu jauh mengatasi kadar purata global iaitu 4 peratus dan Asia Pasifik iaitu 6 peratus.

“Ini semestinya mencerminkan kedudukan Malaysia sebagai salah satu destinasi utama yang terus diyakini pelawat antarabangsa,” katanya.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menetapkan sasaran 40 juta pelancong luar negara akan berkunjung ke Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).

-RI

Tinggalkan komen anda