Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanBerita UtaraNegeri Sembilan

Jurunikah Pikul Tanggungjawab Besar Jaga Kesucian Institusi Perkahwinan

By 12 Februari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorul Arizah Md Razani/Zamakhsyari Sulaiman (Rembau)

REMBAU, 12 Feb (MalaysiaAktif) – Jurunikah bukan sekadar melaksanakan akad nikah, malah memikul tanggungjawab lebih besar terutama dalam menjaga kesucian institusi perkahwinan Islam, kata Yang Teramat Mulia Undang Luak Rembau Dato’ Sedia Raja Abdul Rahim.

Salah seorang jurunikah menerima watikah pelantikan daripada Undang Luak Rembau.

“Amanah ini perlu dilaksanakan dengan penuh integriti, adil dan berhemah supaya setiap urusan nikah, cerai dan rujuk berjalan mengikut hukum syarak serta peruntukan undang-undang yang ditetapkan,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Pelantikan Jurunikah Luak Rembau kepada 13 orang jurunikah di Balai Seri Rama, di sini semalam.

Undang Luak Rembau turut berharap semua jurunikah yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan profesional serta menjadi rujukan masyarakat dalam memperkukuh institusi kekeluargaan Islam di Luak Rembau.

Turut hadir Pegawai Agama Islam Daerah Rembau Ustaz Ahmad Hilal Kasim serta Dato’-Dato’ Adat Luak Rembau.

-RI

Tinggalkan komen anda