Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Pembangunan Semula Masjid Kariah Ulu Beranang Simbol Komitmen Berterusan Kerajaan Negeri Sembilan

By 12 Februari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasnida Saarani/JHEAINS

LENGGENG, 12 Feb (MalaysiaAktif) – Pembangunan semula Masjid Kariah Ulu Beranang bukan sahaja memberi keselesaan kepada jemaah, malah menjadi simbol komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memperkasakan institusi masjid, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun.

Aminuddin menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Penyerahan Projek Pembangunan Masjid Kariah Ulu Beranang.

“Masjid bukan sekadar tempat menunaikan solat, tetapi perlu berfungsi sebagai pusat pembangunan ilmu, penyatuan masyarakat dan pengukuhan ukhuwah.

“Saya berharap masjid ini akan terus diimarahkan dengan pelbagai aktiviti bermanfaat untuk semua lapisan masyarakat,” katanya pada Majlis Penyerahan Projek Pembangunan Masjid Kariah Ulu Beranang, di sini kelmarin.

Penyerahan projek di antara Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Seremban kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Dato’ Mohd Asri Abdullah disusuli simbolik penyerahan replika kunci oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan Dato’ Ir. Wan Hasnan Wan Musa.

Majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan dana awal pengoperasian masjid daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sebagai sokongan berterusan terhadap pengurusan dan aktiviti masjid.

-RI

Tinggalkan komen anda