Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

MPKK Perhebat Operasi Tangani Aduan Awam, 1,217 Gagak Ditembak

By 11 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rizal Abdul Rahman (Kulim)/MPKK

KULIM, 11 Feb (MalaysiaAktif) – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) melaksanakan Operasi Menembak Gagak Siri 1/2026 di beberapa lokasi tumpuan sekitar bandar ini, Ahad lepas susulan aduan penduduk berkaitan pencemaran najis, bunyi bising serta risiko kesihatan.

Gagak yang berjaya ditembak.

MPKK dalam satu kenyataan memaklumkan operasi tersebut melibatkan seramai 10 penembak dan 20 pembantu dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Sebanyak 1,217 ekor burung gagak berjaya ditembak bagi mengawal peningkatan populasi burung tersebut yang didapati mengganggu kesejahteraan penduduk serta kebersihan persekitaran.

“Langkah ini diambil sebagai sebahagian daripada usaha berterusan bagi meningkatkan kesejahteraan penduduk serta memastikan persekitaran bandar yang lebih bersih, selamat dan teratur,” menurut kenyataan itu.

MPPK memaklumkan tindakan kawalan itu dilaksanakan secara berperingkat dan terkawal dengan pemantauan rapi bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Peserta yang mengambil bahagian dalam operasi menembak gagak.

Dalam pada itu, MPKK turut menyeru orang ramai agar mengamalkan pengurusan sisa pepejal secara berhemah termasuk memastikan sampah dibuang di tempat yang disediakan dan tidak terdedah, bagi mengurangkan sumber makanan burung perosak tersebut.

Usaha bersepadu ini mencerminkan komitmen berterusan MPKK dalam memastikan kesejahteraan komuniti dan kelestarian persekitaran bandar, sekali gus memperkukuh kerjasama antara pihak berkuasa tempatan dan masyarakat dalam mengekalkan imej Kulim sebagai bandar yang bersih, selamat dan kondusif.

-RI

Tinggalkan komen anda