Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Program Fun Hike Bukit Jelutong 2026 Disambut Meriah

By 8 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rusmiza Anuar/Aniss Rahim (Hulu Terengganu)

HULU TERENGGANU, 8 Feb (MalaysiaAktif) – Program riadah komuniti Fun Hike Bukit Jelutong 2026 anjuran Pertubuhan Kebajikan Wanita Hulu Terengganu mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan lebih 300 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Azman ketika berucap di Majlis Perasmian Fun Hike Bukit Jelutong 2026 semalam

Program yang menggabungkan konsep riadah dan kesihatan itu dirasmikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin, melibatkan penyertaan keluarga, golongan wanita serta pelajar sekolah.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Wanita Hulu Terengganu, Eka Lisut penganjuran program tersebut bertujuan memupuk amalan gaya hidup sihat di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.

“Program ini bukan sekadar aktiviti riadah, malah merupakan inisiatif komuniti berimpak tinggi untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan fizikal dan dan mental,” katanya ketika ditemui semalam.

Nor Ftiri Mariesa Osman dari Kolej Vokasional Kuala Berang berkata program menyediakan pengalaman mendaki yang menyeronokkan dengan pelbagai aktiviti interaktif di sepanjang laluan Bukit Jelutong

Seorang peserta, Nor Ftiri Mariesa Osman, 16, berkata program ini memberi pengalaman mendaki yang menyeronokkan melalui pelbagai aktiviti interaktif di sepanjang laluan Bukit Jelutong.

Sementara itu, Muhammad Al-Fateh Mohamad Roslan, 15, yang pertama kali menyertai aktiviti mendaki, menyifatkan pengalaman tersebut amat bermakna.

“Ini pengalaman pertama saya mendaki dan ia sangat menyeronokkan kerana dapat dilakukan bersama rakan-rakan sambil menikmati keindahan alam semula jadi,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda