Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

SJKT Negeri Sembilan Terima Manfaat Digital RM540,000

By 4 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman/Sharil Alias (Negeri Sembilan)

SEREMBAN, 4 Feb (MalaysiAktif) – Sebanyak 45 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negeri ini masing-masing menerima sumbangan papan pintar interaktif (Smart Board) dengan peruntukan bernilai RM540,000.

Suasana ceria apabila Wong meluangkan masa beramah mesra dan bergambar secara santai bersama murid-murid SJKT Bandar Seri Sendayan

Penyerahan sumbangan menerusi inisiatif Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) itu disempurnakan Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh di SJKT Bandar Seri Sendayan sebagai langkah strategik memperkasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara lebih interaktif di sekolah vernakular.

Sementara itu, Wong turut membawa khabar lega kepada graduan pendidikan apabila memberi jaminan bahawa pengambilan 20,000 guru lantikan kontrak bermula Mac ini tidak akan menjejaskan peluang calon guru simpanan sedia ada.

Wong bersama guru besar, guru-guru, dan wakil penerima daripada 45 buah SJKT di seluruh Negeri Sembilan yang hadir memeriahkan majlis

“Calon simpanan tidak perlu bimbang kerana peluang mereka untuk diserap ke dalam perkhidmatan tetap cerah bergantung kepada kekosongan opsyen di sekolah rendah atau menengah,” katanya, di sini semalam.

Kenyataan itu sekali gus mencerminkan komitmen Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bukan sahaja memberi tumpuan kepada penambahbaikan infrastruktur fizikal sekolah, malah memastikan kebajikan serta masa depan modal insan dalam bidang perguruan terus terpelihara.

-AA-

Tinggalkan komen anda