
Laporan/foto: Zulkarnain Rodzi (Kedah)
ALOR SETAR, 9 Mac (MalaysiaAktif) – Bazar Raya di Stadium Darul Aman, di sini terus dibanjiri pengunjung yang ingin membeli barangan kelengkapan Hari Raya Aidilfitri.
Pelbagai jenis pakaian termasuk kasut, baju Melayu, t-shirt, sampin, songkok, kupiah, seluar jean serta barangan kosmetik dijual pada harga berpatutan dan kompetetif di situ yang sekali gus menjadikannya titik tumpuan masyarakat Kedah dan kawasan sekitarnya.

Kasut yang dijual dengan harga berpatutan.
Keadaan meriah ini turut dipenuhi dengan bunyi perbincangan, tawar-menawar harga dan interaksi mesra antara peniaga dan pengunjung.
Selain membeli-belah, pengunjung juga memanfaatkan masa untuk bersosial bersama rakan dan keluarga, menjadikan bazar ini bukan sekadar tempat membeli-belah tetapi juga ruang untuk mengeratkan hubungan komuniti.

Antara jenama menjadi tumpuan pengunjung di Bazar Raya Stadium Darul Aman.
Seorang pengunjung Akmal Azmi, 30, berkata beliau akan datang ke bazar ini setiap tahun untuk membeli songkok bagi kegunaan hari raya.
“Saya datang ke bazar ini kerana ia lengkap dengan barangan yang dicari dan harganya juga berpatutan,” katanya kepada Malaysia Aktif, di sini baru-baru ini.
-RI





