Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Kerjasama JAKIM, MIS Perkasa Ukhuwah Masyarakat Luar Bandar Lawas

By 16 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Asri Dalim (Lawas)

LAWAS, 16 Mac (MalaysiaAktif) – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Majlis Islam Sarawak (MIS) menganjurkan Majlis Iftar Perdana bagi memperkukuh ukhuwah bersama masyarakat luar bandar di Masjid Datuk Pengiran Matusin, Dato Kuala Lawas, kelmarin.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata ajaran Islam merangkumi segenap aspek kehidupan yang menuntut keseimbangan antara kejayaan di dunia dan akhirat.

“Islam sangat menekankan kepada pencapaian kebahagiaan bukan sahaja di dunia, malah juga di akhirat,” katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis tersebut.

Awang Tengah menyeru agar bulan Ramadan dimanfaatkan sebagai ruang untuk memupuk nilai kasih sayang serta budaya saling membantu dalam kalangan masyarakat.

Beliau turut menyeru agar bulan Ramadan dimanfaatkan sebagai ruang untuk memupuk nilai kasih sayang serta budaya saling membantu dalam kalangan masyarakat.

Dalam majlis yang sama, Awang Tengah turut menyempurnakan penyampaian sumbangan Bakul Raya kepada penerima dan penyampaian cenderamata kepada tetamu jemputan.

Beliau juga menyempurnakan penyerahan Mushaf wakaf al-Quran sebanyak 1,000 naskhah untuk kegunaan komuniti di daerah Lawas.

Turut hadir Yang Dipertua MIS Datuk Misnu Taha, Ketua Hakim Syarie Sarawak Datu Awang Suhaili Ledi dan Pengarah Wilayah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) Datu Ubaidillah Abdul Latif.

-RJ-

Tinggalkan komen anda