Skip to main content
Berita TempatanSarawak

eCOSS Pastikan Minyak Masak Bersubsidi Sampai Kepada Golongan Sasar

By 4 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Magdellina Alfred Jeho/KPDN Cawangan Sarikei/Ainie Elah (Sarawak)

SARIKEI, 4 Mac (MalaysiaAktif) – Pengenalan kepada Electronic Cooking Oil Subsidy System (eCOSS) sebagai mekanisme baharu dalam memastikan pengedaran minyak masak peket bersubsidi satu kilogram lebih telus dan terkawal membantu membendung ketirisan serta penyelewengan dalam rantaian bekalan minyak.

Sistem digital ini diwujudkan bagi memastikan subsidi benar-benar dinikmati oleh golongan sasar, khususnya kumpulan berpendapatan rendah (B40).

Melalui eCOSS, setiap transaksi direkodkan secara digital bermula dari peringkat pengilang, pembungkus, pemborong dan peruncit berlesen sehingga kepada pengguna akhir.

Seorang pesara, Khalek Lauda, 64, berkata beliau menyambut baik pelaksanaan sistem berkenaan yang menurutnya  berkesan dalam memastikan minyak masak bersubsidi sampai kepada golongan sasar dan bukannya kepada bukan pihak yang menyalahgunakan subsidi berkenaan.

“Pembelian pula memerlukan pendaftaran menerusi aplikasi mudah alih dengan pengesahan identiti menggunakan kad pengenalan sahaja,” katanya kepada Malaysia Aktif, baru-baru ini.

-FN

 

Tinggalkan komen anda