Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Iftar di Dataran Alor Setar Tarik Kehadiran Masyarakat

By 9 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zulkarnain Rodzi (Kedah)

ALOR SETAR, 9 Mac (MalaysiaAktif) – Program iftar di Dataran Alor Setar, Sabtu lalu berlangsung meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh daerah di negeri ini.

Sebahagian pengunjung memilih berbuka puasa di perkarangan Masjid Zahir yang terletak di hadapan Dataran Alor Setar.

Turut diadakan bacaan tahlil yang disertai orang ramai serta tazkirah Ramadan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) sebelum waktu berbuka.

Seorang pengunjung, Mohd Firdaus Roslan, 31, berkata beliau sering datang ke dataran berkenaan untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan bagi merasai kemeriahan suasana Ramadan di lokasi tersebut.

“Saya akan datang berbuka di sini hampir setiap Sabtu kerana suasananya sangat meriah dan memberi peluang untuk berbuka puasa bersama masyarakat lain,” katanya kepada Malaysia Aktif, di sini baru-baru ini.

Pengunjung bergerak ke Masjid Zahir bagi menunaikan solat maghrib secara berjemaah.

Selain membeli pelbagai juadah di bazar Ramadan berhampiran, sebahagian lagi dilihat membawa makanan dari rumah untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan di situ.

Selesai berbuka puasa, kebanyakan pengunjung akan ke Masjid Zahir bagi menunaikan solat Maghrib secara berjemaah, sekali gus menambahkan lagi suasana harmoni dan ukhuwah dalam kalangan masyarakat yang hadir.

-RI

Tinggalkan komen anda