Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Institut Memandu Warisan Integriti Kuala Ketil Perkasa Standard Latihan Pemanduan Berkualiti

By 30 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amran Mohamad Kamis (Baling)

BALING, 30 Mac (MalaysiaAktif) – Penubuhan Institut Memandu Warisan Integriti merupakan satu inisiatif penting dalam memperkukuh sistem pendidikan pemanduan di negeri Kedah, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Dato’ Seri Norizan Khazali.

Menurutnya, usaha melahirkan pemandu yang berdisiplin, beretika dan mempunyai kesedaran tinggi terhadap keselamatan jalan raya perlu diperkasa secara berterusan selaras dengan aspirasi kerajaan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah sedang berucap merasmikan Institut Memandu Warisan Integriti Sdn. Bhd.

“Institut ini yang dilengkapi fasiliti moden serta sistem latihan tersusun mampu menjadi pemangkin kepada peningkatan standard latihan pemanduan bukan sahaja di Kedah, malah berpotensi memberi impak di peringkat nasional,” katanya ketika merasmikan institut tersebut, di sini kelmarin.

Pengarah Urusan Warisan Integriti Sdn. Bhd. Md Rosli Abd Wahab, berkata penubuhan institut tersebut adalah hasil perancangan jangka panjang bagi memenuhi keperluan latihan pemanduan berkualiti di kawasan Kuala Ketil dan sekitarnya.

Beliau berkata pihaknya komited menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif serta tenaga pengajar berpengalaman demi memastikan setiap pelatih bukan sahaja lulus ujian, malah benar-benar bersedia menjadi pengguna jalan raya yang bertanggungjawab.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Dato’ Aedy Fadly Ramli, Pengarah Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Mohd Kamal Hisham Abu Bakar, dan Pengarah JPJ Negeri Kedah Stien Van Lutam.

-RI

Tinggalkan komen anda