Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

PPM Wilayah Dua Tingkat Kawalan Perairan Johor Sempena Aidilfitri

By 12 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shah Hood/BERNAMA

ISKANDAR PUTERI, 11 Mac (MalaysiaAktif) – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua mempergiat pemantauan keselamatan di perairan Johor dengan menugaskan seramai 150 anggota serta 20 bot ronda sepanjang musim perayaan Aidilfitri, menurut laporan Bernama.

Pegawai dan anggota sentiasa siap siaga mengawal sempadan perairan bagi menjamin keselamatan sepanjang musim perayaan – Foto BERNAMA

Komander PPM Wilayah Dua, ACP Noor Azman Jamal, berkata langkah tersebut diambil bagi memastikan keselamatan perairan negeri ini sentiasa terjamin selain membanteras kegiatan pencerobohan pendatang tanpa izin dan penyeludupan barangan kawalan.

“Rondaan ini turut dijalankan bersama Singapore Police Coast Guard (SPCG) bagi memperkukuh kerjasama dan memastikan keselamatan perairan kedua-dua negara,” katanya.

Anggota PPM Wilayah Dua melakukan tinjauan di perairan Selat Johor Barat bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan pencerobohan PATI – Foto BERNAMA

Beliau memaklumkan kawasan pemantauan meliputi perairan Selat Johor Barat dari Tambak Johor sehingga ke Tanjung Piai, Pontian, manakala di bahagian timur melibatkan laluan dari Tambak Johor hingga ke perairan Pengerang, Kota Tinggi.

Tambahnya, kebanyakan rampasan tahun lalu melibatkan petrol, diesel, mercun serta tangkapan pendatang tanpa izin.

Usaha rondaan bersepadu ini dijangka dapat meningkatkan kawalan keselamatan perairan Johor sepanjang musim perayaan Aidilfitri, sekali gus memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa keselamatan dan kepatuhan undang-undang di perairan negeri sentiasa dipantau rapi.

-AA-

Tinggalkan komen anda