Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Veteran ATM Digalak Celik Digital, Elak Terjerat Penipuan Dalam Talian

By 13 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Budin Gumbang/Daniel Jong (Kapit)

KAPIT, 13 Mac (MalaysiaAktif) – Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diseru supaya lebih peka terhadap teknologi digital bagi mengelak menjadi mangsa penipuan dalam talian.

Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata hampir semua kemudahan masa kini boleh diakses melalui telefon pintar, justeru golongan veteran perlu lebih cakna terhadap ancaman jenayah siber.

Wilson Ugak Kumbong bergambar tetamu dan ahli veteran yang hadir semasa perasmian Mesyuarat Agung PVATM Kapit ke-35.

Menurut beliau, para veteran juga digalakkan memanfaatkan teknologi digital termasuk aplikasi kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan pengetahuan dan menyesuaikan diri dengan perkembangan dunia moden.

Wilson Ugak turut memuji kewibawaan veteran ATM yang masih memainkan peranan penting dalam masyarakat walaupun telah bersara daripada perkhidmatan.

“Kita lihat ramai dalam kalangan mereka menjadi Tuai Rumah, ahli majlis atau pemimpin NGO kerana disiplin dan kepimpinan mereka,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Veteran ATM (PVATM) Cawangan Kapit ke-25 di Wisma Veteran ATM Kapit hari ini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Sarawak, Mejar Steven Kadir menekankan peranan PVATM sebagai mata dan telinga dalam memastikan kebajikan veteran serta balu terus terpelihara, selain menggalakkan penggunaan aplikasi VIBES 2.0 bagi memudahkan akses maklumat pencen dan faedah persaraan.

Unggek Anting melihat program itu sebagai platform dapatkan maklumat bantuan dan kemudahan kerajaan.

Veteran Kasaw Bantil, 82, dari Genturong Sawang A berkata mesyuarat agung itu memberi peluang kepada veteran untuk bertemu dan berkongsi pandangan mengenai kebajikan mereka.

Seorang lagi veteran, Unggek Anting, 80, dari Kampung Kemarau menyifatkan program berkenaan sebagai platform penting untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan bantuan dan kemudahan yang disediakan kerajaan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda