Skip to main content
Berita TempatanSarawak

222 Pasukan Sertai Perarakan Hari Jadi Dewa Seng Ong

By 11 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lim Poh Choo (Sarawak)

KUCHING, 11 April (MalaysiaAktif) – Sebanyak 222 pasukan menyertai perarakan Sambutan Hari Jadi Dewa Seng Ong anjuran Persatuan Hokkien Kuching di Tokong Hong San Si, Jalan Wayang, di sini kelmarin.

Penampilan Naga Api (Hior Huay Liong) sepanjang 295 kaki memukau ribuan penonton dalam perarakan Sambutan Hari Jadi Dewa Seng Ong di Tokong Hong San Si, Kuching kelmarin.

Upacara keagamaan tahunan tersebut bertujuan menzahirkan pengabdian masyarakat terhadap Dewa Seng Ong selain memupuk perpaduan dalam kalangan penduduk setempat.

Acara itu menampilkan Naga Api berukuran 295 kaki, persembahan Kumpulan Hadrah Sri Melati serta kumpulan pribumi pelbagai etnik Gabungan Orang Asal Sabah dan Sarawak (GOASS) Sarawak.

Pengunjung, Isabella Teo, 32, berkata perayaan tersebut merupakan acara penting dalam kalendar masyarakat Cina bagi memanjatkan doa kesejahteraan.

“Masyarakat lazimnya berkumpul di tokong untuk melaksanakan upacara keagamaan disusuli dengan perarakan besar-besaran menjelang sambutan ini,” katanya.

Teo menjelaskan suasana tahun ini lebih bertenaga dengan kehadiran lebih 200 pasukan serta persembahan tarian singa yang memukau penonton di sepanjang laluan perarakan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda