Skip to main content
Berita TempatanSabah

Perkhidmatan Kesihatan Audiologi HQE Ditambah Baik Secara Berterusan

By 19 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Mariam Aziz Rashid / Zaidi Jamin / HQE (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 19 April (MalaysiaAktif) – Penambahbaikan perkhidmatan kesihatan audiologi di Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini akan diadakan secara berterusan seiring keperluan pesakit melalui fasiliti dan tenaga mahir optimum.

Pengarahnya, Abd Kahar Abd Asis berkata perkhidmatan audiologi di Sabah kini tertumpu di hospital utama termasuk HQE, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Hospital Tawau serta Hospital Duchess of Kent.

“Sungguhpun sistem penyampaian kesihatan negara diiktiraf antara yang terbaik ia tetap menghadapi cabaran infrastruktur terhad serta peningkatan jumlah pesakit.

“Namun, petugas kesihatan khususnya Pegawai Pemulihan Perubatan Audiologi tetap komited memastikan perkhidmatan berkualiti sampai kepada rakyat dengan penuh dedikasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Pendengaran Sedunia di Auditorium HQE, di sini kelmarin.

Dalam pada itu, beliau berkata masyarakat perlu diberi pendedahan berterusan mengenai kepentingan penjagaan telinga serta maklumat berkaitan teknik perawatan pendengaran terkini pada peringkat awal.

“Setiap ibu bapa perlu peka terhadap masalah pendengaran anak-anak yang boleh bermula sejak peringkat bayi lagi,” katanya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda