Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

KPDN Selangor Gagalkan Sindiket Penyelewengan Diesel Di Pandamaran

By 18 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Petaling)/KPDN Selangor

SHAH ALAM, 18 April (MalaysiaAktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor berjaya mengagalkan satu cubaan sindiket penyelewengan diesel bersubsidi di Pandamaran dalam satu serbuan, hari ini.

Anggota penguat kuasa KPDN sedang memeriksa dokumen selepas disyaki cuba menyeleweng diesel

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Selangor, Mohd Hanizam Kechek berkata hasil rondaan sekitar jam 1 pagi, anggota bertugas berjaya mengesan sebuah lori bonded yang mencurigakan di kawasan Pandamaran.

Menurutnya, pemeriksaan fizikal menemui enam unit bekas Intermediate Bulk Container (IBC) berkapasiti 1,000 liter (l) berisi diesel serta hos penyambung dan pam bermeter yang telah diubah suai.

“Pemandu lori warga tempatan berusia bawah 30 tahun cuba melarikan diri bersama kenderaan tersebut, namun tindakan pantas anggota penguat kuasa berjaya mematahkan cubaan meloloskan diri.

“Siasatan awal mendedahkan lori tersebut baru sahaja membuat pengisian di stesen minyak berdekatan berdasarkan penemuan resit belian yang bertarikh dan mempunyai masa yang sama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, sebanyak 3,400l diesel dirampas dengan anggaran nilai keseluruhan melebihi RM100,000, manakala nilai subsidi negara yang berjaya diselamatkan dianggarkan mencecah jumlah sebanyak RM20,000.

“Pemandu ditahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana tidak memiliki dokumen sah, sementara pihak stesen minyak turut disiasat kerana bersubahat dalam urusan haram tersebut,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda