Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Program Talk To Us Perkukuh Hubungan Polis, Komuniti Long Lama

By 16 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Regina Lasia/Muhammad Amin (Telang Usan)

LONG LAMA, 16 April (MalaysiaAktif) – Hubungan polis dan komuniti setempat terus diperkukuh melalui penganjuran Program Talk To Us, di sini semalam.

Inisiatif proaktif Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini menjadi platform komunikasi dua hala bagi menyalurkan maklumat keselamatan terutama membendung jenayah komersial.

Penduduk didedahkan dengan modus operandi penipuan dalam talian agar masyarakat lebih peka dan tidak menjadi mangsa kerugian kewangan.

Penyelia MDS Long Lama Nurul Ann, 38, menyifatkan penganjuran program ini sebagai keperluan penting dalam mendidik masyarakat mengenai ancaman jenayah semasa.

“Program Talk To Us ini membuka ruang kepada masyarakat mendapatkan maklumat sahih serta memahami taktik jenayah terkini,” katanya ketika ditemui dalam program itu.

Nurul Ann berkata program tersebut membantu meningkatkan kesedaran penduduk agar lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan penipuan canggih.

Beliau menambah kerjasama erat antara pihak berkuasa dan komuniti amat penting bagi memastikan keselamatan kawasan sentiasa terpelihara.

Orang ramai diseru agar tidak mudah mempercayai panggilan individu tidak dikenali selain segera melaporkan aktiviti mencurigakan kepada balai polis berhampiran.

-RJ-

Tinggalkan komen anda