Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

R&R Lengkap Dengan Pusat Pengumpulan Hasil Tani Pertama di Sabak Bernam

By 25 April 2026April 27th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norshazila Ahmad (Sabak Bernam)

SABAK BERNAM, 25 April (MalaysiaAktif) – Hentian Rehat dan Rawat (R&R) yang menggabungkan kemudahan rehat dan pusat pengumpulan hasil tani pertama bakal dibangunkan di Pekan Air Manis, Sabak Bernam.

Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata projek bernilai RM7 juta itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun bakal menjadi pemangkin baharu kepada ekonomi setempat.

“R&R ini akan menjadi platform kepada petani di bawah Koperasi Kohijrah untuk mengumpul dan memasarkan hasil tani ke pasaran lebih besar, termasuk kepada pelancong dan pengguna jalan raya,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Hentian Rehat & Rawat serta Pusat Pengumpulan Hasil Tani Koperasi Warga Hijrah (KoHijrah) Selangor di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim berkata laluan yang digunakan lebih 35,000 kenderaan sehari di Pekan Air Manis ini bakal menjadi pemangkin ekonomi baharu apabila pembinaan R&R di kawasan itu siap sepenuhnya.

“R&R ini bakal dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk 10 unit kedai makan, lapan gerai buah-buahan, tandas awam serta stesen pengecas kenderaan elektrik (EV).

Inisiatif tersebut katanya selari dengan perancangan pembangunan Majlis Daerah Sabak Bernam 2030 dan inisiatif Kawasan Pembangunan Sabak Bernam (SABDA) yang menekankan pembangunan mampan luar bandar.

-AA-

Tinggalkan komen anda