Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Ruang Kerja Kondusif Bantu Penjawat Awam Tingkat Mutu Kerja

By 20 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Hidayah Mohd Izam (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 20 April (MalaysiaAktif) – Penyediaan ruang kerja yang selesa dan kondusif diharap dapat membantu penjawat awam Persekutuan meningkatkan mutu kerja serta mencetuskan idea-idea baharu ke arah pembangunan negara, kata Ahli Parlimen Batu Pahat Onn Abu Bakar.

Onn menanda tangan plat perasmian dewan konferensi.

Menurutnya, pihak Pusat Khidmat Ahli Parlimen sentiasa bersedia membantu sekiranya terdapat sebarang keperluan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

“Dengan adanya kemudahan seperti ini, saya yakin penjawat awam dapat bekerja dengan lebih efektif serta menghasilkan idea-idea bernas yang mampu memberi impak positif kepada pembangunan negara,” katanya ketika merasmikan pembukaan Dewan Sri Tanjung di Bangunan Gunasama Persekutuan Batu Pahat, di sini hari ini.

Dewan konferensi tersebut mampu memuatkan seramai 60 orang dalam satu masa serta dilengkapi kemudahan moden dan selesa bagi tujuan perbincangan, mesyuarat dan seminar.

Onn Abu Bakar meninjau keadaan Dewan Sri Tanjung yang serba baru.

Sementara itu, seorang penjawat awam, Nuraisyah Salim, 40, berkata kemudahan mesyuarat baharu yang disediakan membolehkan perbincangan dijalankan dengan lebih lancar, selain sistem siar raya yang lebih jelas serta skrin paparan yang memudahkan penyampaian maklumat.

“Mesyuarat kini lebih teratur dan jelas, malah kemudahan seperti skrin besar membantu kami mengikuti pembentangan tanpa terlepas sebarang maklumat penting,” ujarnya.

-RI

Tinggalkan komen anda