Skip to main content
Berita TempatanSarawak

XplorePolyCC Perkasa TVET di Jom Masuk U 2026 Zon Sarawak

By 13 April 2026April 15th, 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Barina Nani (Kuching)/Politeknik Kuching

KUCHING, 13 April (MalaysiaAktif) – Program XplorePolyCC Zon Sarawak berjaya menarik ribuan pengunjung ke Penview Convention Centre (PCC) Demak sempena penganjuran karnival Jom Masuk U 2026 yang berlangsung selama dua hari, di sini semalam.

Penyelaras Promosi Pengajian Polycc Sarawak, Esstree Ishak berkata program tersebut merupakan usaha berterusan untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Kita mahu anak muda Sarawak melihat bahawa kemahiran teknikal adalah nadi kepada pembangunan ekonomi digital dan industri hijau yang sedang pesat membangun di negeri ini,” katanya kepada Malaysia Aktif.

Esstree turut menjelaskan peluang kerjaya dalam bidang TVET kini semakin luas serta berdaya saing bagi membolehkan lepasan institusi menyumbang kepada pembangunan negara.

“Peluang kerjaya dalam bidang TVET kini semakin luas dan berdaya saing, sekali gus membuka ruang kepada lepasan institusi ini untuk terus menyumbang kepada pembangunan negara,” ujarnya.

Program anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak itu memberi pendedahan menyeluruh mengenai laluan TVET di seluruh negara.

-RJ-

Tinggalkan komen anda