Skip to main content
Rencana & Pendapat

Bermula dengan Minat, Ahmad Amjad kini Biak Orkid Hutan

By 8 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Robani Nabi Ahmad (Kelantan)

PASIR MAS, 8 Mei (MalaysiaAktif) – Bermula dengan minat mendalam terhadap keunikan flora semula jadi, seorang pengusaha muda tempatan kini giat membiakkan orkid hutan di Kampung Jejuluk, di sini.

Ahmad Amjad Zulkefli, 35, berkata minatnya terhadap orkid hutan mula berkembang beberapa tahun lalu sebelum mengambil inisiatif mengumpul dan menanam pelbagai spesies sebagai koleksi peribadi.

Menurutnya, lebih 1,000 spesies orkid hutan berjaya dikumpul untuk tujuan pembiakan, pemeliharaan dan perancangan komersial pada masa hadapan.

“Setiap spesies mempunyai keunikan tersendiri daripada segi warna, bentuk bunga dan kaedah penjagaan. Saya melihat tanaman orkid hutan mempunyai potensi besar dalam pasaran jika diusahakan secara berperingkat,” katanya kepada Malaysia Aktif, di nurseri miliknya, di sini baru-baru ini.

Beliau berkata kebanyakan orkid diperoleh dari pelbagai negeri melalui rangkaian kenalan pengumpul selain pembelian secara dalam talian menerusi siaran langsung di TikTok dan Facebook.

Tambahnya, proses penjagaan orkid memerlukan kesabaran serta penelitian rapi terutama dalam aspek kelembapan, pencahayaan dan kesesuaian habitat.

Ahmad Amjad berharap usahanya itu bukan sahaja dapat dikembangkan sebagai sumber pendapatan, malah membantu memelihara khazanah orkid hutan agar terus dikenali generasi akan datang.

“Saya bercadang memperluaskan nurseri ini dan menjadikan Kampung Jejuluk sebagai salah satu lokasi tumpuan peminat orkid hutan pada masa depan,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda