Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Ketua Polis Pulau Pinang Santuni Warga IPD SPU Menjelang Persaraan

By 8 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Eliasak Omar/Facebook IPD Seberang Perai Utara

SEBERANG PERAI UTARA, 8 Mei (MalaysiaAktif) – Ketua Polis Pulau Pinang Dato’ Azizee Ismail melawat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, di sini semalam sebagai antara siri lawatan terakhirnya sebelum bersara 20 Jun depan.

Beliau berkata lawatan tersebut adalah simbol penghargaan terhadap komitmen dan dedikasi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Azizee dalam ucapannya menzahirkan rasa bangga terhadap profesionalisme anggota pasukan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab.

“Lawatan ini amat bermakna buat saya kerana ia menjadi antara lawatan terakhir sebelum saya menamatkan perkhidmatan selepas sekian lama berbakti dalam pasukan,” katanya.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan surat penghargaan kepada lapan penerima sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan prestasi.

Turut hadir, Ketua Cawangan Khas Pulau Pinang Zakaria A. Rahim, Ketua Jabatan Pengurusan Baeyah Abdul Wahab dan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Anuar Abdul Rahman.

-AA-

Tinggalkan komen anda