Skip to main content
Berita TempatanSabah

Kaamatan Medan Perkasa Tradisi, Perpaduan Komuniti

By 4 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suhaime Sahirul (Sipitang)

SIPITANG, 4 Mei (MalaysiaAktif) – Pesta Kaamatan yang sarat dengan kepelbagaian tradisi etnik setempat wajar dimanfaatkan sebagai medan untuk memperkasa nilai warisan dan perpaduan dalam kalangan komuniti.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah berkata perayaan pesta menuai ini berpotensi menarik minat belia mengembangkan budaya di daerah masing-masing.

“Pesta Kaamatan ini bukan sahaja menjadi wadah memperkenal keindahan budaya, bahkan ianya cara untuk anak muda mempromosi keunikan sambutan di daerah Sipitang,” katanya semasa majlis perasmian Pesta Kaamatan Daerah Sipitang, di sini semalam.

Matbali menjelaskan penganjuran pesta tersebut merupakan tanda keharmonian dan semangat muhibah yang perlu dikekalkan yang selari dengan tema tahun ini iaitu ‘Kaamatan: Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian’.

Upacara perasmian tersebut dilaksanakan melalui acara memukul gong dan memotong padi sebagai gimik sambutan Pesta Kaamatan Daerah Sipitang tahun 2026.

Penganjuran ini turut dihadiri oleh pemimpin masyarakat setempat serta penduduk sekitar yang memeriahkan suasana sambutan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda