Skip to main content
Sabah

Lebih 1,000 Sertai Kunak Half Marathon, Pacu Promosi Pelancongan Daerah

By 31 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Juhara Ali Omar (Kunak)

KUNAK, 16 Jun (MalaysiaAktif)Race Day Kunak Half Marathon 2026 berjaya menarik penyertaan lebih 1,091 pelari dari pelbagai daerah di Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Datuk Seri Dr Anil Shandu berkata penganjuran acara berkenaan memperkukuh usaha mempromosikan Kunak sebagai destinasi sukan dan pelancongan berpotensi di Sabah.

“Selain itu, menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat dan mampu merancakkan ekonomi tempatan melalui sektor pelancongan serta perniagaan kecil.

“Kunak mempunyai kelebihan dari segi pemandangan semula jadi yang menarik serta laluan yang sesuai untuk penganjuran acara larian berskala besar.

“Saya berharap acara ini dapat menjadi acara ikonik daerah yang mampu menarik lebih ramai pelawat seterusnya merancakkan ekonomi tempatan melalui sektor pelancongan dan perniagaan kecil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Race Day Kunak Half Marathon 2026 Peringkat Daerah Kunak di Padang Pekan Kunak, kelmarin.

Program anjuran Kelab Belia Pemangkin Kunak dan Persatuan Rentak Aktif Kunak (RAKU) itu menawarkan tiga kategori larian iaitu separuh maraton sejauh 21 kilometer, larian 10 kilometer dan larian keluarga lima kilometer yang sesuai disertai semua peringkat umur.

Kategori separuh maraton sejauh 21 kilometer dilepaskan seawal jam 3 pagi diikuti larian 10 kilometer pada jam 6 pagi manakala larian keluarga lima kilometer pada jam 6.30 pagi.

Acara berkenaan turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang setiap kategori selain gerai jualan makanan dan produk tempatan yang memberi peluang kepada usahawan kecil menjana pendapatan sepanjang program berlangsung.

-RJ-

Tinggalkan komen anda