Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Sambutan Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Penerangan Negeri Sembilan 2021

By 21 Oktober 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sheik Amilhisham Sheik Hashim/Suzilawati Kamarudin (Negeri Sembilan)

SEREMBAN, 21 Okt (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Penerangan Negeri Sembilan telah diadakan harini bertempat di Palm Mall Hotel Seremban yang dirasmikan oleh Encik Zainudin, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia.

Sambutan Hari Inovasi dan Kecemerlangan ini merupakan sebahagian daripada tradisi jabatan bagi memberi inspirasi kepada warga kerja jabatan untuk terus menggerakkan usaha inovasi dalam meningkatkan kecemerlangan dalam perkhidmatan.

Sambutan ini juga turut bertujuan memberi penghargaan kepada warga jabatan yang mempamerkan kecemerlangan perkhidmatan serta usaha inovatif mereka dalam menyumbangkan idea untuk memastikan Jabatan Penerangan terus unggul dalam bidang pemasaran maklumat dan dasar kerajaan.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Tuan Haji Shahnon Mohamad, ini merupakan inisiatif murni jabatan bagi menyemai dan memperkasakan budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan warga kerja jabatan.

Ucapan aluan oleh Tuan Haji Shahnon, Pengarah JaPen Negeri Sembilan.

Ucapan aluan oleh Tuan Haji Shahnon, Pengarah JaPen Negeri Sembilan.

“Sambutan Hari Inovasi juga bertujuan untuk memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada mereka yang telah berjaya menghasilkan inovasi dan menujukkan kecemerlangan yang signifikan serta memberi impak yang besar kepada perkembangan dan kemajuan organisasi termasuk daripada aspek teknikal demi menghasilkan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.”

“Warga Inovatif, Jabatan Produktif, merupakan tema yang telah dipilih bagi Sambutan Hari Inovasi Kebangsaan pada tahun ini yang melambangkan komitmen jabatan selaras dengan usaha kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam secara berterusan,”ujarnya ketika ditemui selepas sambutan Hari Inovasi dan Kecemerlangan JaPen Negeri Sembilan, semalam.

Manakala menurut Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Encik Zainudin, warga jabatan berupaya menyumbang kepada jabatan dalam mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik, sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan.

Ucapan perasmian oleh Encik Zainudin TKP JaPen Malaysia.

Ucapan perasmian oleh Encik Zainudin TKP JaPen Malaysia.

“Ini akan terhasil daripada cetusan idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi,” ujarnya.

Tambah Zainudin, beliau yakin warga jabatan mempunyai banyak idea kreatif yang boleh membantu jabatan mendukung hasrat YAB Menteri KKMM dalam usaha menyampaikan maklumat kerajaan dengan lebih pantas dan efisien.

Sesi penyampaian kepada penerima anugerah.

Sesi penyampaian kepada penerima anugerah.

Antara anugerah yang disampaikan adalah Anugerah Apresiasi Pejabat Penerangan Daerah, Anugerah IOW Kreatif, Anugerah Pengurusan Media Sosial Terbaik, Anugerah Kepimpinan Cemerlang, Anugerah Kepimpinan Sokongan Cemerlang, Anugerah Pembantu Penerangan Cemerlang, Anugerah JAV Cemerlang, Anugerah Seni Kreatif Cemerlang, Anugerah Khidmat Sokongan Cemerlang, Anugerah Khas Pengarah dan Anugerah Inovasi Cemerlang.

-FF

Tinggalkan komen anda