Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Caj RM1 Pengeluaran ATM Antara Bank Bebankan Pengguna

By 23 Disember 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Tengku Saifulah Tengku Mohamed/Nor Emylia Lot (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 23 Dis (Malaysiaktif) – Caj RM1 yang bakal dikenakan terhadap pengguna apabila membuat pengeluaran antara bank di mesin pengeluaran automatik (ATM) disifatkan sebagai kurang tepat pada masanya.

Tinjauan di lapangan mendapati, majoriti orang ramai kurang bersetuju apabila pihak bank mengembalikan semula caj yang sudah tidak dikenakan sejak setahun yang lalu.

Bagi seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam, Aishah Azlan, 18, berkata sebagai seorang pelajar beliau merasakan pengumuman berkenaan akan memberi kesan kepada golongan yang tidak mampu terutamanya golongan pelajar.

Aishah Azlan, 18, berharap pengecualian caj berkenaan perlu dilanjutkan sehingga pandemik berakhir.

Aishah Azlan, 18, berharap pengecualian caj berkenaan perlu dilanjutkan sehingga pandemik berakhir.

“Pengumuman yang dilakukan pihak bank beberapa hari lalu dibuat secara tergesa-gesa sedangkan negara ketika ini, masih lagi dibelenggu pandemik COVID-19,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, kebanyakan pelajar mengeluarkan wang di lokasi pusat pengajian masing-masing dan membuat pengeluaran di dalam kuantiti yang kecil dan kerap, sekaligus akan membebankan pelajar kerana dikenakan caj berulang-ulang kali.

Di samping itu, pekerja swasta, Nursyazlina Mohd Shis, 25, berkata pihak bank perlu meneliti semula keputusan berkenaan serta melihat keadaan ekonomi rakyat yang ketika ini masih belum pulih sepenuhnya.

Norsyazlina Mohd Shis, 25, mahu kerajaan melihat situasi terkini keadaan ekonomi rakyat yang masih lemah ketika ini.

Norsyazlina Mohd Shis, 25, mahu kerajaan melihat situasi terkini keadaan ekonomi rakyat yang masih lemah ketika ini.

“Caj ini amat tidak wajar dilaksanakan ketika ini berikutan, rakyat masih lagi berada di dalam fasa pemulihan negara dan tertekan berikutan keadaan ekonomi yang masih lemah.

“Bukan sahaja, keadaan kenaikan harga barang yang tidak dikawal, ditambah dengan kehilangan pekerjaan menyebabkan ramai pihak gusar dengan pelaksanaan caj ini, yang akan membebankan rakyat ketika ini,” katanya.

Mengulas mengenai pelaksanaan pengecualian caj berkenaan sebelum ini, kerajaan telah memberi kemudahan pengecualian caj RM1 yang dikenakan ke atas pemegang kad bagi mana-mana penggunaan mesin ATM sehingga Januari 2022.

Tinggalkan komen anda