Skip to main content
Berita TimurPahang

Peserta Konvoi Bangga Bawa Semangat Perpaduan dan Berpeluang Dekati Masyakat Luar Bandar

By 17 Ogos 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Radiah Rahim/Sh. Nurrul (Pahang)

CAMERON HIGHLANDS, 17 Ogos (MalaysiaAktif) – Pengalaman berkonvoi membawa semangat perpaduan dan berpeluang mendekati masyarakat luar bandar merupakan pengalaman yang berharga buat para peserta konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Pahang.

Norieny (tengah) bersama rakan-rakan Daz Biker.

Salah seorang peserta konvoi dari Kelab Daz Bikers yang merupakan seorang Pegawai Optometri Norieny Mat Yaacob, 44, menyifatkan penyertaan ini sebagai peluang untuk merapatkan hubungan dengan komuniti luar bandar.

“Kami bukan sekadar berkonvoi mengibarkan bendera, tetapi turut membawa mesej perpaduan dan apabila melihat senyuman anak-anak di sini membuatkan penat perjalanan hilang begitu sahaja,” ujarnya.

Rohana (tengah) bersama cucunya dan penduduk kampung.

Bagi Rohana Abdullah, 45, salah seorang penduduk di KOA Kuala Boh, mengalu-alukan kunjungan konvoi dan menyambut kedatangan dengan penuh mesra.

“Kami rasa dihargai kerana mereka sanggup datang jauh ke sini, semangat kemerdekaan lebih terasa bila kita sama-sama kibarkan bendera,” katanya sambil tersenyum.

-RI

Tinggalkan komen anda