Skip to main content
HomeSabah

Umat Islam Perlu Ambil Iktibar Terhadap Kejadian Gerhana

By 2 Februari 2018Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan oleh : Yahya Abdul Rajak / Foto oleh : Azman Jumat (Sabah)

KOTA KINABALU, 01 Feb. (Malaysiaaktif) – Umat Islam di negeri ini perlu mangambil iktibar terhadap kejadian tiga kombinasi fenomena serentak, iaitu gerhana bulan penuh, bulan besar (Supermoon) dan bulan biru (Bluemoon) agar menjadi umat yang sentiasa mensyukuri nikmat dan rahmat Allah.

Bungsu (tengah) turut bersama menyaksikan fenomena tersebut.

Bungsu (tengah) turut bersama menyaksikan fenomena tersebut.

Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berkata pelaksanaan program cerapan dan solat sunat gerhana bulan yang diadakan di balai cerap Al Biruni di sini adalah bagi mengajak umat Islam dan masyarakat sekitar sama-sama mensyukuri dan menghayati kejadian ciptaan Maha Esa tersebut.

“Kejadian tiga kombinasi fenomena bulan ini hanya akan berlaku setiap 150 tahun, jadi inilah peluang masyarakat untuk menyaksikan fenomena tersebut dengan penuh rasa ketakwaan dan keinsafan.

“Peluang ini tidak harus dipersiakan kerana hadirnya pada ratusan tahun akan datang dan saya bersyukur kerana malam ini ramai masyarakat yang hadir bagi menyaksikan fenomena ini di sini,”katanya.

Tambahnya lagi, selain menyaksikan, program ini turut mengajak masyarakat sedar dan faham bahawa kejadian ini adalah salah satu keagungan dan kekuasaan Allah SWT.

Bungsu berkata demikian selepas menyampaikan khutbah solat sunat gerhana bulan serta turut bersama masyarakat setempat menyaksikan fenomena berkenaan di balai cerap Al Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan pada malam Rabu.

Mohd.Farhan merasa bertuah kerana dapat menyaksikan sendiri fenomena yang hanya berlaku ratusan tahun ini

Mohd.Farhan merasa bertuah kerana dapat menyaksikan sendiri fenomena yang hanya berlaku ratusan tahun ini

Pengunjung, bakal guru dari Institut Perguruan (IPG) Kampus Kent, Tuaran, Mohd.Farhan Khairuddin merasakan dirinya amat bertuah kerana dapat menyaksikan sendiri fenomena yang hanya berlaku ratusan tahun ini.

“Saya merasa kagum melihat fenomena ini, walaupun terdapat rintangan untuk saya dan rakan-rakan sampai ke balai cerap ini, tetapi tetap kami hadapi bagi menyaksikan kejadian fenomena tersebut,”jelasnya.

Manakala bagi seorang lagi pelajar IPG Kent, Ainin Sofiya Mohd Hadi berkata syukur dapat menyaksikan fenomena ini kerana selama ini kejadian tersebut hanya diketahui melalui bacaan, tapi malam ini dapat melihat sendiri bagaimana ia berlaku.

“Melihat kejadian gerhana ini memberikan saya kefahaman bagaimana proses berlakunya kombinasi tiga fenomena bulan yang berlaku ratusan tahun dan pengalaman ini tentunya akan saya kongsi bersama rakan-rakan serta pelajar yang lain,”luahnya.

kejadian gerhana ini memberi Ainin kefahaman bagaimana proses berlakunya kombinasi tiga fenomena bulan.

kejadian gerhana ini memberi Ainin kefahaman bagaimana proses berlakunya kombinasi tiga fenomena bulan.

Pengunjung, Juruteknik Petronas, Roslan Sabirin turut tidak melepaskan peluang melihat fenomena ini dan lebih mengembirakan apabila beliau dapat menyaksikannya bersama keluarga isteri dan anak-anak.

Kira-kira lebih 100 penduduk setempat hadir menyaksikan keajaiban fenomena ini.

Sepanjanag program tersebut, para hadirin secara selari diberikan penjelasan tepat daripada Pegawai Hal Ehwal Islam, Ustaz Mohd Jumat Abdul Rajak yang bertugas menerangkan setiap proses kejadian tersebut sehingga berlaku gerhana bulan penuh.

Sentuhan pertama gerhana bulan, iaitu fasa penumbra terjadi sekitar pukul 6.51 petang, manakala bagi fasa Umbra ia berlaku pada pukul 7.48 malam dan fasa kemuncak, iaitu bulan penuh pada pukul 9.29 malam.

Hadir sama Ketua Pengarah, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Datuk Mohd Noor Isa dan Pengarah Ukur Bahagian (Ehwal Persempadanan), Dr. Azhari Mohamed.

-FB

Tinggalkan komen anda