
Oleh: Sarah Nur Saad & Mohd Rizal Abdul Rahman
KULIM, 3 Oktober (MalaysiaAktif) – Inisiatif menyediakan Laluan Ekspress bagi pemeriksaan kesihatan untuk warga emas akan diadakan di semua klinik dan hosiptal kerajaan.
Di negeri Kedah, antara yang telah menyediakan kemudahan ini,termasuk Klinik Kesihatan Taman Selasih, Klinik Kesihatan Kulim dan Hospital Kulim mengikut hari yang ditetapkan.
Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Daerah Kulim, Dr. Raja Zainal Abidin berkata kemudahan ini disediakan setelah mengambil kira keperluan dan suara rakyat, terutama yang berada di tempat yang berpenduduk tinggi.
Sementara itu, beliau turut meminta agar anak-anak prihatin menjaga kesihatan ibu bapa dengan membawa mereka sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan.
Dr Raja Zainal berkata demikian semasa Program Kesihatan Warga Emas Sedim 2015di sini hari ini.