Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Perangi Dadah Tanggungjawab Bersama

By 13 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rusmiza Anuar (Dungun)/AADK Malaysia

DUNGUN, 13 Julai (Malaysiaaktif) – Masalah penyalahgunaan dadah tidak boleh ditangani oleh agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Agenti Antidadah Kebangsaan (AADK) sahaja secara bersendiri, malahan sokongan semua pihak amat penting dalam mencapai matlamat ini.

Ketua Pengarah AADK Malaysia, Zulkifli Abdullah menegaskan bahawa inisiatif bersepadu menangani masalah penyalahgunaan dadah, sustans dan pelencongan sosial yang diselaraskan oleh AADK memerlukan usaha yang berterusan dan perlu dibuat secara berfokus dan kolaboratif antara AADK dengan semua pihak sama ada pemimpin politik, pemimpin masyarakat, sektor awam, sektor swasta, badan korporat, institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta masyarakat secara kolektif.

Kehadiran ketua-ketua jabatan dan wakil pemimpin masyarakat semasa pelancaran program Inisiatif Bersepadu Menangani masalah penyalahgunaan dadah, sustans dan pelencongan Sosial, Jom Hijau AADK serta jihad dadah.

Kehadiran ketua-ketua jabatan dan wakil pemimpin masyarakat semasa pelancaran program Inisiatif Bersepadu Menangani masalah penyalahgunaan dadah, sustans dan pelencongan Sosial, Jom Hijau AADK serta jihad dadah.

“Jika pelaksanaan ini dibuat secara ‘silo’ atau dipandang sepi, dikhuatiri segala usaha kerajaan ini tidak akan tercapai dan tidak mustahil peningkatan angka statistik penagih baharu dan penagih berulang akan terus meningkat dan masalah pelencongan sosial serta jenayah akan turut meningkat,” katanya ketika berucap dalam majlis Menandatangani Nota Persefahaman antara AADK bersama Jabatan Perikanan Malaysia dan AADK bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Dungun.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan, Zulkifli Abdullah dan Ketua Polis Terengganu, Roslee Chik melancarkan Jihad Dadah.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan, Zulkifli Abdullah dan Ketua Polis Terengganu, Roslee Chik melancarkan Jihad Dadah.

Majlis ini bertujuan untuk menyokong program Jom Hijau yang telah dilancarkan oleh Menteri Dalam Negeri, tahun lepas. Turut dilancarkan adalah program Jihad Dadah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama AADK yang bertujuan memberi kesedaran, membina disiplin, menyemai dan menanam sikap benci dadah dalam kalangan masyarakat di Terengganu.

Termeterai nota persefahaman antara AADK Bersama Jabatan Perikanan Malaysia.

Termeterai nota persefahaman antara AADK Bersama Jabatan Perikanan Malaysia.

“Bagi tujuan ini, sebanyak 12 kawasan di seluruh negara telah dipilih untuk dijadikan projek rintis termasuklah Dungun dengan harapan ‘template’ atau model terbaik daripada 12 kawasan ini boleh disesuaikan untuk dilaksanakan di 155 kawasan berisiko tinggi seluruh negara untuk lima tahun berikutnya,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda