Laporan/foto: Mohd Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)
NIBONG TEBAL, 17 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 91 orang mangsa terjejas akibat banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Sungai Duri baru-baru ini telah menerima bantuan khas dalam Majlis Penyerahan Bantuan yang berlangsung di Surau Taman Sungai Duri Permai di sini.
Majlis Penyerahan Bantuan itu di sempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, Mansor Othman.
“Bantuan khas dari segi barangan keperluan harian ini bagi setiap keluarga sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung mangsa, khususnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika ini.
“Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jawatankuasa Penyelaras dapat mengenal pasti mangsa banjir kilat agar tidak tertinggal untuk dibantu,” katanya dalam Majlis tersebut dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat, di sini semalam..
Beberapa hari lalu, Taman Sungai Duri Permai antara kawasan di Sungai Duri yang terjejas akibat banjir kilat selepas hujan lebat berterusan seharian sejak awal pagi.
-ii-