Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

91 Mangsa Banjir Kilat Sungai Duri Terima Bantuan

By 17 September 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 17 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 91 orang mangsa terjejas akibat banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Sungai Duri baru-baru ini telah menerima bantuan khas dalam Majlis Penyerahan Bantuan yang berlangsung di Surau Taman Sungai Duri Permai di sini.

Majlis Penyerahan Bantuan itu di sempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, Mansor Othman.

Mansor Othman bergambar sama dengan penerima-penerima bantuan yang hadir dalam Majlis Penyampaian Bantuan.

Mansor Othman bergambar sama dengan penerima-penerima bantuan yang hadir dalam Majlis Penyampaian Bantuan.

“Bantuan khas dari segi barangan keperluan harian ini bagi setiap keluarga sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung mangsa, khususnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, Mansor Othman menyerahkan bantuan kepada salah seorang mangsa banjir kilat sambil disaksikan oleh tetamu yang hadir.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, Mansor Othman menyerahkan bantuan kepada salah seorang mangsa banjir kilat sambil disaksikan oleh tetamu yang hadir.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jawatankuasa Penyelaras dapat mengenal pasti mangsa banjir kilat agar tidak tertinggal untuk dibantu,” katanya dalam Majlis tersebut dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat, di sini semalam..

Penyerahan bantuan kepada salah seorang penerima.

Penyerahan bantuan kepada salah seorang penerima.

Beberapa hari lalu, Taman Sungai Duri Permai antara kawasan di Sungai Duri yang terjejas akibat banjir kilat selepas hujan lebat berterusan seharian sejak awal pagi.

-ii-

Tinggalkan komen anda