Skip to main content
HomeViral

Masih Tiada “Lampu Hijau” Muhyiddin Berucap – Ku Nan

By 25 November 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Faris Fuad (Parlimen)

KUALA LUMPUR, 26 Nov, (Malaysiaaktif) —Majlis Tertinggi Umno mengesahkan mereka masih belum  membuat apa-apa keputusan berkaitan kebenaran Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berucap dalam Perhimpunan Agung Umno Disember depan.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan isu tersebut tidak dibangkitkan dalam mesyuarat UMNO semalam.

“Nanti kita putuskan, kalau dapat ilham nanti kita bagitau. Semalam tidak ada dibincangkan,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan,Tengku Adnan berkata pihaknya masih belum memutuskan untuk membenarkan liputan media semasa ucapan pnggulungan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita tengah fikirkan, tapi selalunya kita bagilah. Kita belum dapat ilham. (Pergulungan juga) nanti kita putuskan, belum dapat ilham,” katanya lagi.

Sebelum ini, Tengku Adnan memaklumkan Media tidak dibenarkan membuat liputan dalam perbahasan PAU 2015.

Namun beliau dan dua orang Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan mengadakan sidang media khas untuk mengumumkan apa yang berlaku dalam perhimpunan agung itu.

 

Tinggalkan komen anda