Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Penghargaan Buat Wanita Sempena Hari Wanita

By 8 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Noorezrin Mahmod (Jempol)/PACBE 

JEMPOL, 8 Mac (Malaysiaaktif) – Bersempena dengan sambutan Hari Wanita 2021, Pejabat Pembangunan Wanita melalui Pusat Aktiviti Cakna Bangun Ekonomi (PACBE) di daerah ini mengambil inisiatif dengan membuat kunjung hormat dan menyerahkan hamper barangan berupa kit pencegahan COVID-19 kepada semua ketua jabatan wanita dan juga pengerusi MPKK wanita.

Menurut Penyelia PACBE Umee Farha Rahmad, 28, beliau mengambil peluang sempena hari wanita ini untuk berkenalan dengan ketua-ketua jabatan di daerah ini.

“Kami bukan sahaja ingin memberikan penghargaan kepada wanita yang telah banyak memberikan sumbangan kepada negara tetapi juga ianya sebagai satu platform untuk menjalinkan kerjasama.

“Seramai 100 orang wanita telah diberikan penghargaan dan dalam masa sama beliau sempat berkongsi berkenaan peranan Pejabat Pembangunan Wanita yang mana ianya sebagai satu institusi yang membantu wanita untuk celik berkaitan undang-undang selain daripada memberikan khidmat nasihat dan juga latihan kemahiran kepada wanita.

“Sebelum ini kami selalu menganjurkan seminar dan juga kursus secara bersemuka namun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan aktiviti lebih kepada atas talian iaitu dengan menganjurkan pelbagai kursus dalam talian,” katanya ketika ditemui pejabatnya, di sini hari ini.

Salah seorang penerima penghargaan sempena hari wanita, Ra’idah Ahmad, 48, yang merupakan Pengerusi MPKK Kg Bayai Baru, berkata beliau tidak menyangka akan menerima penghargaan seperti ini dan ini merupakan kali pertama dirinya tahu berkenaan PACBE atau Pejabat Pembangunan Wanita.

“Selepas ini saya akan berkongsi aktiviti yang dianjurkan oleh Pejabat Pembangunan Wanita kepada penduduk setempat agar lebih banyak info dan maklumat dapat diperolehi,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda