Skip to main content
Home

Abang Johari Mula Tugas Sebagai Ketua Menteri

By 16 Januari 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

KUCHING, 16 Jan — Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pagi Isnin memulakan tugas secara rasmi sebagai Ketua Menteri Sarawak setelah dilantik Jumaat lalu.

Beliau tiba di Wisma Bapa Malaysia, bangunan pentadbiran kerajaan negeri di Petra Jaya kira-kira pukul 9.07 minit pagi.

Ketibaan Abang Johari disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani sebelum beliau menuju ke Pejabat Ketua Menteri di Tingkat 22.

Beliau turut disambut pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.

 

– BERNAMA

Tinggalkan komen anda