Skip to main content
HomeViral

Tun Mahathir Yakin BN Punyai Peluang Menang Permatang Pauh

By 30 April 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

PULAU PINANG 30 Apr (Malaysiaaktif) — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk menang di Permatang Pauh .

Beliau berkata calon yang sesuai serta kemelut dalam pakatan pembangkang antara faktor yang mampu mendorong kepada kemenangan BN.

Beliau bertemu pemberita selepas menyertai program cakna ilmu di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang pagi tadi.

Tun berkata beliau tidak kenal calon BN Suhaimi Sabudin secara peribadi namun mendapat maklumat positif mengenainya .

Ditanya sama ada beliau akan berkempen di Permatang Pauh untuk BN, Tun berkata beliau tidak sempat ke sana.

 

— Laporan Aziz AS

Tinggalkan komen anda