Skip to main content
Home

Undi awal di Balai Polis Kubang Semang ditutup pada 2 petang

By 3 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

BUKIT MERTAJAM 3 Mei — Pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh di Berek Kelamin, Balai Polis Kubang Semang ditutup pada pukul 2 petang.

Seramai 30 pemilih daripada anggota polis serta pasangan mereka selesai menunaikan tanggunjawab sejak pusat mengundi itu dibuka 8 pagi tadi.

Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata peratusan mengundi di Berek Kelamin itu mencapai 100 peratus dengan 30 orang mengundi dan proses itu berjalan lancar.

Menurutnya walaupun peratusan mengundi agak lembap di sebelah pagi berikutan sebilangan anggota polis masih bertugas namun jumlah pengundi meningkat menjelang 11 pagi.

Sehingga 1 tengah hari, sebanyak 69.3 peratus telah keluar mengundi.

Sementara itu, proses pengundian masih berlangsung di Dewan Gemilang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) yang dibuka sehingga 5 petang.

– BERNAMA

Tinggalkan komen anda