Skip to main content
Home

Akaun-akaun 1MDB diaudit oleh firma audit antarabangsa – 1MDB

By 17 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Malaysiaaktif) — Syarikat pelaburan strategik 1 Malaysia Development Board (1MDB) pada Ahad mengeluarkan satu kenyataan media mengesahkan akauan-akaun syarikat diaudit oleh firma-firma audit antarabangsa.

Berikut adalah teks penuh suaran media tersebut:

“Lembaga Pengarah ingin menegaskan bahawa akaun-akaun 1MDB adalah diaudit oleh sebuah firma audit antarabangsa, Deloitte.

Deloitte telah mengesahkan akaun 1MDB untuk tahun 2013 dan 2014 tanpa sebarang pertikaian. Begitu juga dengan KPMG yang mengesahkan akaun 1MDB pada tahun 2010, 2011 dan 2012 tanpa sebarang pertikaian.

Lembaga Pengarah mengambil serius tuduhan tidak berasas serta fitnah yang dilemparkan dan mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Pada masa ini, Lembaga Pengarah dan Pihak Pengurusan sedang bekerjasama penuh dengan Ketua Audit Negara, Polis DiRaja Malaysia dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam kajian mereka terhadap 1MDB.

Khususnya, Ketua Audit Negara yang sedang menjalankan kajian bebas terhadap akaun-akaun 1MDB, seperti yang dipersetujui oleh Kabinet Malaysia.

Kami dengan ini ingin memohon supaya masyarakat serta pihak yang berkenaan dapat menunggu keputusan kajian ini.  Kami memohon supaya tiada pihak yang menjatuhkan hukuman mengenai perkara ini tanpa fakta yang kukuh sebelum keputusan kajian tersebut diumumkan.

Seperti pemegang saham 100% kami iaitu Menteri Kewangan (Diperbadankan), kami mempunyai keyakinan penuh terhadap Deloitte dan Ketua Audit Negara.

Lembaga Pengarah memberi jaminan bahawa sekiranya kajian ini memberikan keputusan yang negatif, Lembaga Pengarah akan mengambil langkah-langkah dan tindakan yang sewajarnya.”

Tinggalkan komen anda