Skip to main content
Home

Guru Ke Mahkamah Hadapi Tuduhan Bunuh Teman Wanita

By 19 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA KUBU BHARU, 19 Mei (Malaysiaaktif) — Seorang guru di sebuah sekolah agama dihadapkan ke mahkamah majistret Kuala Kubu Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya yang mayatnya ditemukan dengan kesan tujuh tikaman, awal bulan ini.

Abdul Ra’of   Mohd. Dimyati, 26, didakwa membunuh Nor Salina Nazir, 34, di kawasan lapang tepi sekolah rendah agama Kuala Kubu Bharu  kira-kira pukul 8.30 malam, 5 Mei lalu.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut seksyen 302 kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit bersalah.

Tertuduh yang memakai baju t hijau serta berseluar jeans itu hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan hakim Zulhelmi hasan yang bertindak sebagai majistret.

Tiada pengakuan direkodkan daripada lelaki itu.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 16 Jun ini.

Ahkbar sebelum ini melaporkan, akibat gagal mengawal emosi, seorang lelaki bertindak kejam menikam bertubi-tubi teman wanitanya, seorang janda anak empat hingga maut selepas berlaku pertengkaran.

Tinggalkan komen anda