Skip to main content
HomeViral

Kanak-kanak Diculik Dijumpai Minta Sedekah

By 25 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KOTA BAHRU, 25 Mei (Malaysiaaktif) — Aiman Kamarolzaman tujuh tahun diculik oleh seorang lelaki pada 22 Mei lalu ketika mengikut ayahnya bersembahyang di Masjid Muhammad di sini.

Keesokan harinya dia dijumpai sedang meminta sedekah di sebuah pusat membeli belah di Kota Bahru .

Aiman memberitahu ketika diculik dia diheret oleh seorang lelaki ke sebuah rumah buruk di mana dia mendapati beberapa orang lagi kanak-kanak di dalamnya.

Menurut Aiman dia turut dipukul dengan buluh ketika dikurung di rumah itu.

Kes kehilangan Aiman yang dipostkan di Internet telah menjadi ‘viral.’

Polis yang mengesahkan kejadian ini sekali lagi mengambil keterangan daripada Aiman pagi tadi dan menyiasat menurut Seksyen 363 Kanan Keseksaan.

Tinggalkan komen anda