Skip to main content
GlobalHomeViral

Kubur Beramai-ramai Ditemui Di Padang Besar

By 24 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KANGAR, 24 Mei — Terbaharu, dalam laporan eksklusif The Star pagi tadi, akhbar tersebut melaporkan sebuah kubur besar yang dipercayai mengandungi hampir 100 pendatang Rohingya dijumpai di Padang Besar.

Menurut sumber, komando polis dan pasukan forensik dari Bukit Aman tiba di tempat kejadian pada petang Jumaat lalu.

Walaupun tiada pengesahan lokasi sebenar kubur berkenaan, sumber berkata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dijangka akan mengadakan sidang akhbar esok.

Beberapa kenderaan pacuan empat roda polis forensik dilihat memandu pulang dari sempadan di Padang Besar.

“Setakat ini tiada maklumat boleh didapati kerana dipercayai polis di sedang menjalankan operasi,” kata sumber itu.

Seorang pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar berkata lokasi itu merupakan kawasan larangan dan tidak boleh diakses oleh orang awam.

“Tempat itu telah dikepung dan ia terletak di kawasan yang berbukit,” katanya.

Penduduk kampung berkata ada kemungkinan bahawa kubur beramai-ramai telah dijumpai di Padang Besar.

“Orang-orang Rohingya boleh mati mana-mana sahaja dan bukan sahaja di Thailand.

“Anda tidak boleh memilih tempat di mana anda mahu mati,” katanya.

Pemeriksaan di klinik Padang Besar menunjukkan berada dalam keadaan tenang.

Menurut tinjauan The Star lagi, Situasi di pekan Padang Besar juga normal kecuali kehadiran beberapa kenderaan pacuan empat roda dan kereta polis dilihat berada di hadapan gerai makan di sini.

 

Tinggalkan komen anda