Skip to main content
Home

PKR Kekal Di Permatang Pauh Dengan Majoriti Menurun

By 7 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

BUKIT MERTAJAM, 7 Mei (Malaysiaaktif) —  Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan kedudukan kerusi Parlimen Permatang Pauh walaupun majoriti undi menurun.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding untuk PKR menang dengan majoriti 11,721 undi.

Calon parti itu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memperoleh majoriti 8,841 undi.

Beliau memperoleh 30,316 undi, sementara calon Barisan Nasional (BN) mendapat 21, 475 undi.

Sementara itu, calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Azman Shah Othman memperoleh hanya 101 undi, diikuti 367 undi diraih oleh calon bebas, Salleh Isahak.

Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Permatang Pauh, Jusni Ismail, pada kira-kira pukul 10.15 malam.

PRK Parlimen Permatang Pauh diadakan setelah Anwar tidak lagi layak sebagai wakil rakyat kerana disabitkan kesalahan liwat dan dipenjara lima tahun.

 

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda