
KOTA KINABALU, 9 Jun (Malaysiaaktif) — Pengarah Hospital Queen Elizabeth, Dr Heric Corray hari ini mengesahkan 16 mayat korban gempa yang dihantar ke hospital itu.
Tujuh mangsa warga Singapura sudah diterbangkan ke negara itu, termasuk seorang mangsa Filipina yang mempunyai taraf kewarganegaraan Singapura dan enam warga Malaysia sudah dituntut keluarga masing-masing
Dua lagi mayat korban belum dikenalpasti., namun mengikut pasport mangsa, salah seorang adalah warga China dan seorang lagi warga Jepun.
Waris keluarga mangsa terbabit akan tiba di Aabah esok pagi untuk pengecaman dan seterusnya proses bedah siasat