Skip to main content
Home

Inisiatif Jalur Lebar Kelajuan Tinggi IFA Terus Dipacu KKMM

By 14 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Hj Ramly Yusoff

TUMPAT,14 Jun (Malaysiaaktif) – Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) terus memacu usaha untuk mencapai kadar penembusan jalur lebar isi rumah hingga 95 peratus menjelang 2020.

Inisiatif ini, antara lain digerakkan menerusi perkongsian pintar ‘Internet For All’ (IFA) atau ‘Internet Untuk Semua’ bersama syarikat-syarikat telekomunikasi bagi manfaat  isi rumah secara  konsisten dan terbaik untuk rakyat.

Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad berkata, program ini sebahagian fokus di bawah payungan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

 

sharifah4

 

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas melancarkan Kampung IFA di Kampung Chenderong Batu, Tumpat pada Jumaat.

Kampung IFA ini merupakan yang kedua di negara selepas Kampung IFA di Kampung Gong Chengal, Kemaman, Terengganu yang disediakan oleh Digi Telecommunications Sdn Bhd.

Insiatif IFA merangkumi jalur lebar berkelajuan tingi untuk penduduk mengakses perkhidmatan Internet melalui WiFi atau WiFi mudah alih secara percuma di sekitar kampung.

Harapan kerajaan supaya perkhidmatan IFA memudahkan masyarakat luar bandar menikmati akses Internet pantas bagi manfaat penduduk dan seterusnya mengerakkan mereka menjadi rakyat 1Malaysia yang bermaklumat.

Kira-kira 3,500 penduduk kampung Chenderong Batu mendapat manfaat daripada kemudahan itu.

Tinggalkan komen anda